Saturday, February 29, 2020

MENGENAI KAMI

Portal Perpustakaan Tun Hussein Onn (PTHO),  dibangunkan sempena Program Pengembangan (Jaringan Komuniti) : Pemantapan Pusat Sumber Sekolah. Program tersebut adalah inisiatif pihak Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR)  dengan kerjasama Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia . Objektif utama program adalah untuk memantapkan perkhidmatan dan sistem Pusat Sumber Sekolah disamping memasyarakatkan ilmu serta kepakaran Universiti kepada komuniti setempat. 

Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR)

Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR), merupakan sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) premier yang terletak di Sungai Gadut, Seremban, Negeri Sembilan. Pada tahun 2008, SDAR telah dinobatkan sebagai sekolah kluster kecermerlangan (SKK) manakala pada tahun 2010, SDAR merupakan antara sekolah yang dipilih sebagai kohort pertama Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM

Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), UPM terdiri daripada 2 blok bangunan berkembar, keluasan lantai kira-kira 19,007 meter persegi dan menyediakan tempat duduk untuk lebih 2,000 orang pengguna. PSAS kini mempunyai empat buah cawangan iaitu Perpustakaan Perubatan dan Sains Kesihatan, Perpustakaan Perubatan Veterinar, Perpustakaan Kejuruteraan & Senibina dan Perpustakaan Kampus Bintulu (Sarawak).

GARIS MASA PEMBANGUNAN PORTAL PERPUSTAKAAN TUN HUSSEIN ONN

17 JANUARI 2019

Lawatan kerja pihak Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) buat pertama kali ke Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) yang terletak di Sungai Gadut, Seremban, Negeri Sembilan. 

12 FEBRUARI 2019

Lawatan kerja pihak Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) ke Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) bagi membincangkan lebih lanjut tentang Program Pengembangan (Jaringan Komuniti) : Pemantapan Pusat Sumber.

26 JUN 2019

Lawatan kali kedua pihak Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) ke Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) bagi menghadiri Bengkel Literasi Maklumat. Lawatan disertai oleh guru dan juga para pelajar.

8 JULAI 2019

Minggu Pusat Sumber Sekolah menjadi Majlis Pelancaran Portal  Perpustakaan  Tun Hussein Onn.

1 OGOS - 30 SEPTEMBER 2019

Pembangunan kandungan portal Perpustakaan dan sesi  perkongsian ilmu bersama Guru Perpustakaan dan Media, Perpustakaan Tun Hussein Onn.