Piagam Pelanggan

SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK (SDAR)

Bahawa kami warga SDAR akan berusaha dengan tekun, dedikasi dan berterusan untuk mengekalkan kecemerlangan dan terus gemilang dalam bidang akademik, kokurikulum dan pengurusan yang cekap kepada pihak berikut:

PELAJAR

  • Memberikan didikan duniawi dan ukhrawi dalam usaha melahirkan pelajar cemerlang bertaraf dunia.
  • Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran seperti yang dirancang,
  • Pencapaian 100% semua A dalam SPM.
  • Memberikan peluang kepada semua pelajar untuk meningkatkan potensi diri dalam semua aktiviti kokurikulum dan pembangunan sahsiah yang dianjurkan oleh pihak sekolah hingga peringkat tertinggi.
STAF
  • Memastikan segala surat siaran yang diterima dimaklumkan kepada semua staftidak lewat dari satu haridari tarikh surat itu diterima. 
  • Setiap staf baru akan dipastikan menerima gaji dalam masa tiga bulan selepas mendaftarkan diri.
  • Semua aduan pelanggan akan diberi maklum balas tidak lewat dari 3 hari dari tarikh aduan diterima.
  • Memastikan setiap arahan dan permohonan daripada PPD/JPN/KPM mendapat tindakan dalam tempoh 3 hari. 
IBU BAPA
  • Memberikan maklum balas tentang perkembangan pelajar kepada ibu bapa dari semasa ke semasa.
  • Mengalu-alukan kehadiran ibu bapa pelajar ke sekolah untuk berbincang secara syura. 
  • Urusan pendaftaran dna pertukaran murid dipastikan selesai pada hari yang sama.
PELANGGAN LAIN
  • Memberikan perkhidmatan yang terbaik menerusi pengurusan yang cepat cekap dan tegas serta layan yang mesra dan adil. 
  • Semua urusan rasmi akan diambil tindakan dalam tempoh yang ditetapkan. 
 
PERPUSTAKAAN TUN HUSSEIN ONN (PTHO)
  • Berusaha menggemblengkan seluruh tenaga warga sekolah ini untuk mewujudkan suatu perkhidmatan yang cekap, cemerlang, dan mantap dalam memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Negara serta wawasan pendidikan. Usaha ini menjadi penghubung menuju ke arah kecemerlangan sekolah dengan memberi penekanan terhadap pengisian program pusat sumber sekolah yang berkesan agar dapat membantu kecemerlangan kokurikulum dan kurikulum dengan penuh rasa tanggungjawab selaras aspirasi sekolah menuju Sekolah Berprestasi Tinggi seperti yang terkandung dalam Bidang Utama Keberhasilan Negara (NKRA).