Tinta Pengetua

 

Bismillahirrahmanirrahim, 

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah dan kurnia-Nya portal ini berjaya dihasilkan. Sebelum meneruskan bicara, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua guru yang terlibat bagi merealisasikan portal ini.

Sesungguhnya, portal ini memuatkan pelbagai maklumat serta bahan rakaman peristiwa sepanjang tahun di SDAR. Semua maklumat yang dapat dilihat di dalam portal ini diharapkan akan menjadi inspirasi kepada semua pihak terutamanya warga SDAR dan masyarakat luar secara amnya. Syukur, berkat usaha dan kerjasama semua pihak, SDAR telah banyak melakar kegemilangan dan kecemerlangan dalam semua bidang. Kecemerlangan ini merupakan hasil usaha gigih pelbagai pihak dalam mengekalkan tradisi dan maruah sekolah serta platform untuk mengangkat imej dan maruah SDAR dalam lakaran peristiwa dari semasa ke semasa. 

Dalam menghadapi era globalisasi yang mencabar pada hari ini, setiap pelajar perlu berusaha lebih gigih untuk melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Guru juga perlu lebih peka dan menguasai teknologi serta pengetahuan baru sesuai dengan perkembangan semasa. Guru-guru juga perlu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan untuk mendidik anak-anak bangsa dengan penuh tulus dan ikhlas. 

Akhir kata, saya berharap agar semua warga SDAR terus meningkatkan usaha tanpa rasa jemu untuk meraih kejayaan dalam semua bidang. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan portal ini. Semoga setiap usaha yang dilaksanakan dalam memartabatkan nama SDAR khususnya dan dalam bidang pendidikan amnya akan dirahmati Allah.

Roslie b Ahmad,

Pengetua Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR)